Tuesday, April 10, 2012

sertu..bukan samak

malunya sebab sudah lama tak ingat, tak ulangkaji dan tak begitu ambil peduli tentang perkara2 asas dalam Islam.. bila sudah habis darjah 6, dah tak pergi sekolah agama petang2, banyak benda yang semakin aku lupa..bila dah terjadi sesuatu, baru terkial2 nak cari info semula..Alhamdulillah terjumpa dgn blog Ustaz Noramin.. isu yang aku nak cari betul2 kena tang batang idung sendiri..soalan guest tu pon alahai bukan main sama lagi dgn soalan aku..Alhamdulillah, sekali lagi dipermudahkan.. =)

samak..baru tahu sebenarnya bukan samak ya, sertu rupanya..sebab samak tu untuk membersihkan kulit binatang..time keluar ke sunway piramid haritu memang geram sebab terpegang kasut yang ada pig lining kat kedai Esprit.. "so kawan-kawan beware ya".. memang la dia ada letak sticker on that shoes tapi seriously mmg tak notice langsung..yang dikesalkan, kenapa lah tak balut kasut tu dgn plastik..at least kalau x perasan tapi tgn kita still berlapik..geram betul..so, lepas ni memang kena berhati2 bila nak pilih2 kasut, beg or apa2 barang yang ada unsur2 kulit..tapi, yang takutnya, macam mana pula dgn barang2 yang ada unsur2 "itu" tapi langsung tak ada sebarang notice @ plastik????


soalan dari page ustaz nor amin.... kredit to ustaz: http://www.ustaznoramin.com

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum ustaz,

ada org pernah beritahu sy, kita tak perlu samak tangan apabila pegang anjing, dengan syarat kedua-dua tangan dan anjing itu dalam keadaan kering

Saya terpegang kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir, apabila teringat info seperti yang di atas, saya pun tak samak la tangan saya sbb saya yakin tangan dan kasut tersebut kering. Betul tak tindakan saya ni?

Jawapannya

Mengikut ahli fiqh, sertu adalah lakukan kepada najis yang datang dari binatang anjing, babi dan keturunannya yang dikategorikan sebagai Najis Muqallazah. Dari Ibn Mughaffal, ia berkata :
“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”

Jangan salah faham kepada mereka yang mengatakan samak kepada anjing dan babi apabila terkena najis tersebut. Orang melayu memang menggunakan perkataan samak terhadap najis tersebut. Samak sebenarnya digunakan untuk membersihkan kulit binatang. Perkataan yang sepatutnya digunakan adalah sertu atau membersihkan Najis Muqallazah.
Cara Sertu

Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Muqallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), baud an rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut.

Sertu menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk membersihkan najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa membersihkan najis anjing dan babi, kerana membersih najis tersebut mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.

Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah sertu dengan menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan babi atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk membersihkan najis Muqallazah (anjing dan babi).
Barangan Yang Diperbuat daripada Kulit Babi

Wajib sertu orang yang telah menggunakan barangan yang diperbuat daripada kulit babi seperti contoh kasut, beg, dompet dan sebagainya. Babi merupakan najis yang paling berat iaitu najis Mughallazah. Cara menyucikan najis ini beza dengan Najis Muqaffafah dan Najis Mutawasyitah. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Al-Baqarah : 173)

Ada pendapat yang mengatakan 
“kalau kering kedua-duanya tidak perlu dibersihkan”. Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ulamak berpendapat bahawa najis anjing yang kering sahaja tidak perlu dibersihkan, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka ia juga wajib dibersihkan. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib dibersihkan kerana ia merupakan najis yang paling berat.

Kenapa Islam suruh umatnya sertu apabila tersentuh babi yang basah atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :
“Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."
Kesimpulannya

Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Sertu adalah merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan babi yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib dibersihkan kepada pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan babi. Begitu juga dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit babi dan wajib dibersihkan dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam

No comments:

Post a Comment